"Sila Meroyan Kalau Isteri Yang Kau Ceraikan Jadi Janda Meletop"- Pesanan Pedas Isteri Ini Buat Kaum Lelaki



Tidak semua lelaki yang bergelar suami itu sama. Sebagai suami kita kena bertanggungjawab pada isteri. Bukan setakat mementingkan kecantikan fizikal, malah akhlak seorang isteri juga perlu cantik dan dititikberatkan. Sebagai suami isteri, kasih sayang perlu disemai dengan hati yang tulus ikhlas dan abadi supaya menjamin kebahagian yang berkekalan buat selamanya. Jom baca luahan dari seorang isteri ini, sama-sama kita ambil pengajaran dari nasihatnya.

Khas buat kaum Lelaki. Sila meroyan kalau isteri yang kau ceraikan jadi Janda Meletop.
Yela bila kau duk serumah dengan dia memang kau naik muak tengok dia bangun pagi dengan muka zombi rambut macam makmunah, kadang selekeh, kadang berbau lepas cuci ayam ikan dan kadang kentut busuk sampai boleh buat kau rasa nak muntah. Sebab tu kau rasa wanita kat luar lagi cantik dari bini kau. Kau silap bro, orang perempuan ni jadi isteri dan mak orang dia penat tu lain macam tu yang tidur dia lena sampai jadi zombi sebab jadual tidur dia sekali je sehari, kerja dia dari pagi sampai malam. Mana nak jaga anak lagi, suami lagi, rumah lagi macam-macam kerja dia buat.
Dan kau kene tahu part mengandung, beranak hingga ke dalam pantang pun belum cukup penat dan rehatnya. Jadi hargailah isteri anda yang masih setia disisi anda, yang terima baik buruk kau. Lagi satu point penting, orang perempuan ni sama je benda sama yang kau akan lihat dan rasa tapi yang membezakan sifat dan hati dia yang tidak sempurna tapi akan jadi seorang yang Cantik Istimewa di hati suami mithali dan anak-anak.
Coretan pagi. masih isteri kepada Mohd Shahruddin 

No comments:

Post a Comment

(VIDEO) "Kau Melayu Aku Melayu".. Pergaduhan Di bazaar Buat Netizen Terpanah!!

MIRI - Rakaman seorang netizan sedang bergaduh Tular di media sosial, "Kau melayu aku melayu" Teriakan yang di dengar dalam video...