"Saya Terkejut Ramai Yang Melenting Saya Pegang Tangan Shah Iskandar " - Uqasha Senrose

Kontroversi panas apabila Uqasha Senrose dan Shah Iskandar berpegangan tangan dalam satu majlis baru - baru ini. Banyak peminat di laman sosial yang tidak bersetuju dengan gelagat mereka yang seperti pasangan kekasih kerana Shah sudah pun berkahwin.

“Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun”
“Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah,” katanya kepada Utusan Malaysia
Namun begitu, jawapan tersebut masih tidak meredakan kemarahan segelintir peminat.
Kredit : Utusan Malaysia dan Rotikaya. 

No comments:

Post a Comment

(VIDEO) "Kau Melayu Aku Melayu".. Pergaduhan Di bazaar Buat Netizen Terpanah!!

MIRI - Rakaman seorang netizan sedang bergaduh Tular di media sosial, "Kau melayu aku melayu" Teriakan yang di dengar dalam video...