SEDIH!! PELAJAR PEREMPUAN BUNUH DIRI SELEPAS GURU SURUH JADI PELACUR GARA² LAMBAT BAYAR YURAN !!!


Hanya kerana lambat menjelaskan yuran sekolah, seorang guru bertindak biadap terhadap 5 murid wanita sekolah menengah dengan menyuruh mereka menjual tubuh jika mereka tak ada duit.

Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media indonesia sejak kelmarin.
Menurut laporan JPNN.com, salah seorang murid juga dikatakan bunuh diri dengan minum racun kerana tertekan dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.
Murid perempuan yang menceritakan kejadian itu mengatakan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan dipertanyakan mengenai yuran sekolah yang belum dibayar. Dengan spontan kelimanya menjawab mereka tidak dapat menjelaskan bayaran yuran kerana keluarga mereka mengalami masalah kewangan.
Guru yang bernama KS Itu terus menengking dan memarahi mereka dan menyuruh menjual tubuh sahaja dikawasan itu untuk senang mendapat duit, selain itu mereka juga diugut akan dibuang dari sekolah.
Kelima-lima murid keluar dari bilik dalam keadaan menangis merasa guru tersebut merendahkan martabat dan maruah mereka. Kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan polis, mereka sepakat untuk mendiamkan diri.


Namun selang beberapa hari, murid bernama Amelya maut bunuh diri dengan minum racun, dipercayai akibat tertekan dengan sikap guru yang sama melontarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari.
Sejak daripada itu lima murid berkenan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Bagaimanapun Guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia.

Sumber: wartawan jalanan

INI PUNCA SEBENAR PEGAWAI POLIS MENEMBAK MATI ISTERINYA YANG BUAT RAMAI TERKEJUT..!! RUPA-RUPANYA…



Susulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, pada jam 3.15 petang semalam telah ditahan oleh polis di pasar raya di Matang Jaya, Matang, Kuching, Sarawak semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah (Christie) berusia 33 tahun ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.
Selepas menembak isteri yang sebenarnya tengah mengadung dua bulan, suspek yang merupakan Ketua Polis Balai Belaga, Sarawak itu terus melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan untuk menembak isterinya itu.
Dalam rekod polis pula, mangsa tiada dalam rekod sebagai isteri suspek dan dalam siasatan polis, mangsa hanyalah disahkan sebagai teman wanita sahaja.
Menurut sumber yang kami perolehi, mangsa adalah isteri ketiga dan punca pegawai polis menembak isterinya kerana cemburu isterinya yang mempunyai skandal dengan salah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina

Ibu mangsa berusia 62 tahun yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan nampak menantunya tiba-tiba pulang ke rumah terus masuk ke dalam bilik.
“Tidak berapa lama kemudian saya terdengar bunyi dua das tembakan dari dalam bilik itu dan menantu saya pula keluar lalu melarikan diri menggunakan keretanya.
“Saya terus menerpa masuk ke dalam bilik dan terkejut apabila melihat Siti Nadirah sudah terbaring di atas katil dengan kesan darah di kepala dan leher kirinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Mayat Hospital Serian hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, anak­nya yang tinggal di Belaga dan suspek berada di sini kira-kira seminggu disebabkan menantunya dikatakan berkursus di Kuching. – wartawan-jalanan

(VIDEO) "Kau Melayu Aku Melayu".. Pergaduhan Di bazaar Buat Netizen Terpanah!!

MIRI - Rakaman seorang netizan sedang bergaduh Tular di media sosial, "Kau melayu aku melayu" Teriakan yang di dengar dalam video...