PENIAGA ONLINE !!!! Anda Melakukan DOSA RIBA Tanpa Anda Sedar. Point No 11 Tu Ramai Orang Buat!!



Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.

Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah “Produk Kami” kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Didera selepas bomoh syak siswa UPNM curi komputer?


SERDANG, 3 Jun — Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.
Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro.
Mesej itu menyebut Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan lagi kerana dituduh mencuri walaupun beliau bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.
“Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.
“Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” mesej WhatsApp itu dipetik.
Bagaimanapun Harian Metro tidak menamakan bapa saudara dan rakan baik mangsa.
Zulfahran, 21 meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.
Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengarahkan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan segera.
Ibu saudara mangsa Hairiah Jelani pula menyifatkan keadaan mangsa “umpama daging bakar” dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.
“Saya dimaklumkan doktor, arwah meniggal akibat melecur tahap tiga,” katanya.
Sementara itu, Harian Metro juga melaporkan polis sedang menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama mangsa sebagai pelajar yang disyaki mencuri.
Seorang doktor klinik swasta di Bangi tempat arwah dirawat pada 27 dan 31 Mei lalu juga akan dipanggil memberi keterangan, lapor portal akhbar itu.
“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.
“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri),” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat. 

"Ini ayah saya. Tengoklah apa yang dia buat pada ayah saya"






LUMPUR - Seorang lelaki warga emas cedera di bahagian kiri kepala dan lebam mata kiri dalam kejadian petang semalam, kejadian berlaku ketika waktu hampir berbuka puasa. Menurut anak mangsa, ayahnya yang berumur 60 tahun itu sebelum kejadian telah datang ke kedai Roti John dan meminta penjelasan dari peniaga terbabit.
Namun mangsa telah dipukul. "Ini ayah saya. Tengoklah apa yang dia buat pada ayah saya. Sanggup pukul orang tua berumur 60 tahun yang tengah duduk atas motosikal ketika waktu hampir nak berbuka puasa," kata anak perempuannya. "Saya mengaku mulut ayah saya 'bising' tetapi mesti ada sebabnya kenapa ayah berbuat demikian. Dia pergi minta penjelasan dari individu itu dan yang pasti bukan dia yang mula menyentuh atau memulakan 'drama' ini," katanya. 
Difahamkan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis yang sama pada hari kejadian. "Dia dah malukan ayah saya sampai orang keliling tengok dia terbaring di atas jalan," katanya lagi. Sementara itu, saksi kejadian mendakwa warga emas terbabit telah datang ke kedai tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap peniaga berkenaan. 
Namun menafikan bahawa mangsa telah dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk. "Dia terluka sebab terjatuh dari motosikal, bukannya dipukul," kata saksi. Bagaimanapun, netizen menasihatkan kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk menjernihkan keadaan.

kredit: kakishare

(VIDEO) "Kau Melayu Aku Melayu".. Pergaduhan Di bazaar Buat Netizen Terpanah!!

MIRI - Rakaman seorang netizan sedang bergaduh Tular di media sosial, "Kau melayu aku melayu" Teriakan yang di dengar dalam video...