Panas!!!Barang perniagaan disimpan dalam longkang disita

Sebanyak 20 barang perniagaan disita selepas peniaga didapati meninggal barang-barang perniagaan mereka di tapak bazar.


JOHOR BAHRU - Sebanyak 20 barang perniagaan milik peniaga bazar Ramadan di Jalan Arung, Taman Bukit Kempas, di sini disita Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), hari ini selepas didapati tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan dengan meninggalkan barang perniagaan di tapak bazar selepas tamat tempoh perniagaan. Datuk Bandar MBJB, A Rahim Nin berkata, barang-barang berkenaan didapati ditinggalkan di dalam longkang dan rizab siar kaki dikhuatiri boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan pelanggan. "Operasi sitaan melibatkan 40 anggota Jabatan Lesen dan Penguatkuasaan. Sebanyak 20 sitaan dilakukan terhadap barang-barang peniaga yang meninggalkan barang perniagaan masing-masing di tapak bazar.

"Pemeriksaan mendapati barang-barang ini diletakkan di dalam longkang dan siar kaki dan tindakan tegas diambil keraba peniaga tidak menjaga kebersihan yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing tikus dan keracunan makanan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan, hari ini. A Rahim berkata, notis telah dikeluarkan kepada peniaga sehari sebelum operasi dijalankan selain beberapa penerangan dan makluman telah dilakukan pihak MBJB tetapi peniaga masig melanggar syarat-syarat lesen yang ditetapkan. "Jadi pihak MBJB mengambil tindakan di bawah ketidakpatuhan ke atas syarat-syarat pelesenan dengan meninggalkan barang perniagaan di tapak selepas tamat tempoh perniagaan," katanya. Katanya, MBJB akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan peniaga mematuhi syarat-syarat ditetapkan agar kebersihan bazar Ramadan sentiasa terjaga.

No comments:

Post a Comment

(VIDEO) "Kau Melayu Aku Melayu".. Pergaduhan Di bazaar Buat Netizen Terpanah!!

MIRI - Rakaman seorang netizan sedang bergaduh Tular di media sosial, "Kau melayu aku melayu" Teriakan yang di dengar dalam video...